Sunday, April 22, 2012

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Hari Jumaat itu hari, Allah uji dengan kencing berdarah. Kali pertama kena jadi pada mulanya tak tahu sakit apa. Pernah dulu dengar doktor kata, kalau appendix, mesti tak boleh bangun. Oleh kerana aku boleh berjalan lagi, jadi sah bukan appendix.

Hari khamis memang dah rasa sakit tak seteruk tengahari Jumaat tu. Bile nak kencing tak boleh tahan-tahan. Tapi lepas kencing rasa nak kencing lagi. Urine pagi Jumaat tu warna air teh pekat dan beransur-ansur kepada warna merah cair. Bila nak sampai hospital menjelang jam 3 petang tu, urine dah warna merah. Darah yang keluar.

Alhamdulillah masa kami sampai bahagian kecemasan tiada pesakit. Mula-mula buat urine test. Tunggu dalam 15min, keputusan dari lab keluar.

Keputusannya memang darah banyak dlm urine. Ada banyak kuman dan sedikit nanah. Doktor syorkan supaya buat xray sebab kuantiti darah yang banyak tapi oleh kerana kali pertama berlaku, so tak perlulah. Jika berulang, harus datang semula dan buat xray. Bayaran dikenakan RM112 untuk Consultation, Medication, Lab Fee dan Services. Dapat ubat antibiotik, ubat tahan sakit dan ural.

Punca : Kurang minum air / Jangkitan Kuman / Masalah pada Kidney dll

Aku memang penggemar air masak, so isu kurang air perlu diketepikan. Kesimpulannya terkena jangkitan kuman. Alhamdulillah setelah seminggu sudah beransur pulih. Pastikan yang paling penting bila rasa nak kencing je, terus g kencing, jangan simpan-simpan, jangan tahan-tahan kencing. Saluran kencing perempuan pendek berbanding lelaki, so kalau tak kencing nanti kuman sempat masuk ke dalam.

Tips:
1. Kalau sakit cepat-cepat jumpa doktor. Jangan takut atau segan silu nak jumpa doktor. Bahagian dalam badan kita xnampak, jadi perlu tanya pakar
2. Make sure dalam wallet perlu ada duit sekurang-kurangnya beratus-ratus. Kita tak tau bila waktu susah/kecemasan datang ye. Ada credit card lagi bagus! Tapi hospital ni tak boleh swipe card, nak tak nak mesti guna cash.
3. Bila ada kecemasan, harus berfikir dengan tenang dan cepat cari jalan penyelesaian tanpa marah-marah/kelam kabut. InsyaAllah, dipermudahkan
4. Bila datang sakit, ingat Tuhan banyak-banyak. Bukankan sakit itu penghapus dosa seandainya kita sabar dan redha? Jadi doa dan sabar 

Update 16/6/2012: Boleh dapatkan maklumat lanjut tentang kencing kotor di web berikut Drzubaidi

Update 22/6/2012: Sebulan selepas kejadian kencing berdarah hari tu, masalah yg sama muncul balik. Tak seteruk yang pertama kali, tak keluar darah cuma sakit masa nak kencing. Doktor pun pelik coz ubat yg diberi adalah ubat yang terbaik. Then, doktor kata tak perlu buat x-ray coz terus nak scan. Katanya nanti buat x-ray tak nampak apa-apa, so nak jimat duit terus buat scan. Nama pemeriksaannya ct urography.


CT urography is a sophisticated, specialized radiological examination designed to evaluate the urinary tract (kidneys, ureters and bladder) using computed tomography (CT). This exam has been introduced to replace or complement the IVP (or excretory urogram). CT produces slices or cross-sectional images through the body enabling detailed evaluation of the internal organs. The CT urogram is optimally designed to specifically evaluate the urinary tract with the added advantage of visualizing all of the other abdominal and pelvic structures as well ~ Yahoo

Alhamdulillah semuanya baik-baik saja. Kos keseluruhan buat scan ni termasuk ubat dalam RM1500++. Hasilnya tiada jangkitan pada buah pinggang cuma pundi kencing bengkak sedikit. Tidak sampai ke tahap kencing berdarah cuma kencing kotor sahaja. Semuanya dek kerana dijangkiti kuman 'E-Coli'. Doktor ada ambil sampel darah untuk memastikan tiada penyakit lain. Selain itu, result juga menunjukkan beberapa ubat yang tidak boleh diambil sebab telah imune. Patutlah tak berkesan ritu, rupanya kuman lagi kuat dari antibiotik tu.hahaha.

Menurut doktor:-
1. Jika makan makanan yg tak bersih, manusia mudah dijangkiti kuman ni dan menyebabkan muntah-muntah or cirit birit. Selalu terjadi di musim banjir di pusat penempatan dek kerana kebersihan makanan dan minuman yang tak dijaga.
2. Selain itu, kuman ni menjangkiti alat sulit yang kurang bersih, sentiasa basah/lembap or selepas membuat hubungan intim dengan suami tak g kencing. Dalam erti kata lain, walaupun selepas 'bersama' suami, alat sulit telah dibasuh bersih tapi tetap tak kencing, maka kuman memang akan masuk ke dalam. So, selepas bersama suami, mesti kencing n basuh alat sulit sebersihnya. Dibolehkan tunggu 10-30 minit untuk sperma masuk ke dalam tapi pastikan kencing dan basuh bersih selepas tu. Jangan terus tidur pulak!
3. Sekiranya keputihan dalam kuantiti yang banyak, pakailah panty liner dan tukar selalu. Tak perlu la tukar seluar dalam banyak kali kan.

Update 2/9/2013: Untuk kali ketiga terkena kencing berdarah tapi tak seteruk kali pertama dan kedua. Tapi yang teruknya aku tahan sakit dalam flight selama 2 jam. Masuk toilet, keluar darah. Asyik nak kencing je. Mendarat je terus ke hosp, alhamdulillah takde batu ke ape. Puncanya sepanjang hari aku tak minum air dek kerana perjalanan jauh dari Johor-Sarawak. *Lepas ni kena beringat untuk minum air selalu walau dalam perjalanan.uhuhuu*

Tagged: ,

2 comment:

Su said...

salam, kencing berdarah memang ada kena mengena dengan buah pinggang kan? jemput ke blog sy www.ilhamfamilysihat.blogspot.com dan salam perkenalan

Mel said...

Wsalam. Menurut doktor tu memang ada kena mengena dengan buah pinggang. Sebab tu kalau ada kencing berdarah, kena g check awal2 ^^