Monday, February 14, 2011

Assalamualaikum. Kami suami isteri memang berbeza. Aku suka bubur kacang hijau tapi hubby suka bubur kacang merah. Memang kontra! Tapi apa aku masak dia bedal je, tu yang aku suka tu. Yang penting sedap katanya..Buat bubur kacang hijau ni sebab anak tekak ni teringin pula nak makan. Aku ni kalau nak makan apa-apa selagi terdaya memang aku buat sendiri. Mana tau kali pertama cuba masak dapat juadah yang sedap, leh cuba lagi lain kali. Boleh menambah lagi pengalaman memasak kan..Apepun, layan la resepi mudah yang sedap ni.


Resepi: mel

BUBUR KACANG HIJAU
(Hidangan tuk 2 org)

Tempoh masak: 1 jam

Bahan:
1 cwn kacang hijau - boleh rendam semalaman
1 cwn gula pasir
1 cwn gula merah
2 cwn santan
Secubit garam- xletak pun xpe
1 helai pandan - xletak pun xpe
Air

Cara:
1. Rebus kacang hijau dalam seperiuk air bersama pandan.
2. Apabila kacang mula lembik/hancur, masukkan santan. Kacau sebati
3. Masukkan gula pasir dan gula merah serta garam.
4. Apabila sebati, rasakan kuahnya dan angkat

p/s: Dulu kacang memang direndam dulu tapi sekarang nak cepat, rebus terus. Tapi tak boleh selalu makan sebab banyak gula maaa..

Tagged: , ,

0 comment: