Friday, May 24, 2013

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Ada tahun lepas aku beli Fabric Designer Brand yang memang aku terjatuh cinta la sangat masa tengok sampai sanggup beli. Aku kalau boleh tak berapa nak beli fabrik sebegini sebab bukan satu kepentingan pun. Lagipun padaku designer cotton agak mahal kerana kualiti & import dari luar negara. Ada jiran aku ni dia memang tukang jahit & penjual product quilt. Bilik jahit dia ada satu almari yang penuh dengan kain Designer Cotton. Terujalah sangat2 aku tengok. Jeles pun ada tau! Sebab koleksi kain dia sangatlah cantik. Akak tu kata dia suka beli kain, kumpul je dulu. Nanti nak guna baru pakai, kalau tak guna makin bertambahlah. Aku pun sama tapi idakklah banyak sangat macam koleksi dia. Lagipun den tak brape nak mampu beli designer cotton byk2. hihi


Corak Earth Tone Leaves jenama Joann ni memanglah sangat lembut. Dek kerana cantiknya corak ni di mata aku, maka seharusnya ku kongsi dengan orang lain. Dalam tak tahu nak buat apa, ku cuba jahit coin purse. Pernah buat dulu coin purse tapi kali ni kecil saja & nipis saja. Senang je, banyak tutorial di internet yang boleh anda guna. Ataupun beli buku tentang beg dari Jepun yang memang akan tunjuk satu2 cara buatnya. Senang saja nak paham. Alhamdulillah sekarang coin purse ni menjadi milik salah seorang ahli keluargaku.

Wednesday, May 22, 2013

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum.Alhamdulillah 2 hari lepas ada orang hantar tangki air bersama tong. Walaupun kecil tongnya, walaupun airnya tak berapa nak bersih, tapi alhamdulillah ada daripada takde langsung. Hujan masih belum pun turun. Hubby kata mau sebulan takde air di sini. Hari ni baru masuk hari ke 10, lagi 1/2 bulan weiii. Alhamdulillah sabtu depan kami nak pindah dah. Bolehlah mandi sepuas2nya di tempat baru. Nasib baik orang yang pindah sini ganti tempat hubby tu bujang, kalau tak sian dia. Akak jiran aku ni tido di Miri hujung minggu ritu & katanya seronok dapat mandi dalam hotel. Aku ni mandi ala kadar je. Macam orang bercinta, mandi tak basah, makan tak lalu..Ewahhh, padahal air takde..Cehh.. Kebetulan semalam keluar bandar Bintulu, jadi beli Sugar Bun sahaja untuk dinner. Balik dah penat, nak kena masak tu tak kisah tapi air xde tu yang aku kisah.wuuuu..

Lupakan soal air, mesti korang bosan baca aku bebel pasal air aja dari entri minggu lepas (ade ke org nak baca blog ko mel oii). Aku kalau tengok Jamie Oliver masak, main campak2, bila dah habis rancangan..mak aiii cantik betul hidangan dia.. Jeles aku yang tak pandai nak deko2 ni. Ritu pada mulanya nak makan daging bakar yang pernah buat dulu bersama dengan sos cendawan. Tapi selera ni nak kentang bakar juga. Ku layankan saja. Dapatlah sepinggan daging & kentang bakar dengan sos cendawan.. Licin aiii makan u cicah dengan sos ni. Tang kentang tu paling aii suka..Sedap diratah..hihi

Kentang Bakar
Resepi: mel 

Bahan-bahan 
3-4 bj kentang - dibersihkan tanpa dibuang kulit
Air 

Cara-cara
1. Rebuskan kentang dalam seperiuk air hingga tenggelam.
2. Setelah lembut, angkat & toskan. Cucuk guna lidi/garfu untuk memeriksa kelembutan.
3. Potong kentang yang telah direbus mengikut saiz kegemaran anda. Tak perlu buang kulit.
4. Panggang kentang di atas tempat pembakar hingga keperangan.

**Pada mel, lagi lama atas pembakar, lagi sedap yang hangit2 tu**


Sos Cendawan
Resepi: kak fida

Bahan-bahan ( 4-6 orang )
2 sb mentega*
1-2 biji bawang besar* - didadu
1 sb mentega
1 sb tepung gandum
100 ml air rebusan daging - mel ganti air+kuib ayam
2 sb tomato paste - mel ganti sos tomato
1/2 sk serbuk lada putih/hitam

1 sb kicap masin
2 sb kicap manis
100 ml susu cair/fresh cream
150 g cendawan butang dlm tin -
mel ganti sos carbonara Prego + hirisan shiitake
1 sk hirisan daun basil/selasih - ganti daun ketumbar
garam secukup rasa - xletak

Cara-cara
1. Tumis bahan bertanda * hingga layu dan angkat dan ketepikan.
2. Di dalam kuali yang sama,panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau.Kecilkan api.
3. Kemudian masukkan kesemua bahan2 yg lain juga bawang goreng tadi dan kacau hingga sebati.
4. Siap untuk disajikan dengan steak daging,ayam atau burger panas2.

Monday, May 20, 2013

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Sebak hati aku, hampir menitis air mata membaca kisah ibu & bayi yang sindrom down yang xdapat pulang tu. Semoga pengalaman ni mengajar ibu tu erti sabar & kita yang lain bolehlah ambil iktibar. Kalau travel ke mana2, selain dari duit yang melebihi tapi kena make sure maklumat kedutaan Malaysia diketahui. Kot2 jadi kes sebegini, taulah nak rujuk sape. Alhamdulillah semuanya sudah kembali selamat dengan bantuan MAS & Tourism Malaysia. Orang kalau hatinya baik, fikir kesusahan orang lain, akan sedaya upaya nak tolong. Sesiapa yang menghulurkan sumbangan dari segi kewangan & pertolongan tu, korang memang terbaiklah!!

Wooo...air masih xde untuk hari ke lapan. Semalam masak nasi goreng,  hari ni pun masak nasi goreng. Teringin juga nak masak rendang, tapi memikirkan kena basuh blender, basuh periuk kuali banyak2, mana nak cari air. Kena tahan dulu nafsu ni. Ku tayang saja hidangan 2 minggu lepas. Kalau dah namanya mushroom, memang aku suka. Aku buat 1/3 saja dari resepi & agak kering, ape yang kelam kabut masak sorang2 pun aku tak tahu. Tapi sebenarnya masa ni perut dah lapar sangat, jadi main campak dalam kuali saja. Tau..tau dah siap dah spaghetti. Sedap juga. Alhamdulillah


Spaghetti Carbonara Mushroom Berkrim
Resepi: ja

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)
1 tin sos carbonara Prego
Sedikit isi ayam atau daging - mel guna ayam kisar Ramly
Bawang putih (cincang) - 1 ulas
Bawang merah (cincang) - 2 bj
Mushroom butang (dihiris) - letak cendawan 4 bj shiitake
1/2 cawan susu segar
Sedikit daun parsley
Garam secukup rasa
Lada sulah

Cara-cara
1. Macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
2. Tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak k.
3. Masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi.
4. Masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
5. Nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sedikit demi sedikit sampai ia berkrim.
6. Untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tu tadi bila dihidangkan. 


 **Lepas step ke 5, aku masukkan spaghetti dalam sos & kacau hingga sebati. Lepas tu baru angkat & tabur daun parsley**

Sunday, May 19, 2013

Assalamualaikum. Nak pindah 2 minggu lagi. Jadi rumah agak tunggang langgang. Janganlah ada orang datang. Aku bukan tak mau jemput sesape datang, tapi keadaan rumah aku dengan kotak2, barang sana- sini memang tak sesuai nak jamu mata tetamu. Pindah dari Selangor dulu taklah teruk gini sebab ada pihak pembungkus barang tu yang packing kan. Dari sebiji cawan hinggalah kepada kereta, semua orang tu buat. Aku tengok je. Kali ni kena buat sendiri sebab pindah pun tak jauh, ambil masa sejam dari tempat lama. Letih sebenarnya pindah dekat2 ni. Kalau bujangan tak pe, ni jenuh nak angkat barang berkotak2. Nasib baik masa pindah sini dulu masih ada kotak, kalau tak jenuh juga mencari kotak. Pastu aku jenis ambil barang yang perlu saja, jadi masih banyak barang dalam kotak. Senang kerja aku!

Untuk kali pertama dalam sejarah hidup aku, tengok tv betul2 aku tengok pasal ramalan kaji cuaca. Dengan harapan Bintulu akan hujan. Walaupun ramalan saja sekurang2nya ada harapan bukan? Hari ni genap 7 hari takde air. Ku ingat pagi ni adalah kuar sedikit air sebab semalam hujan renyai2 tapi hampa. Setitik air pun tak keluar. Jadi serabut betul ku rasa air xde ni. Air minum tak kisah sebab guna air mineral tapi air nak basuh pinggan & basuh baju tu xtau nak guna air apa. Ada orang hantar air, tapi hantar ke rumah pekerja dulu. Memandangkan mereka ramai, rumah executive tak sampai2 orang yang hantar air.. Alhamdulillah aku tak period, kalau tak korang tahu jela banyak mana nak guna air kan..haru-haru..

Kata Prof Muhaya, anggap apa yang berlaku tu bukan masalah tapi cabaran. Jadi isu aku pindah dekat2 ni, satu cabaran juga walaupun tension pada awalnya. Lepas tu kali pertama air xde berhari2 di sini, pun satu cabaran suruh bagaimana nak bersabar, bagaimana nak handle pemakanan tiap2 hari. Ini pemandangan biasa kalau sungai ni penuh. Tapi sekarang sungai ni dah kontang sangat2.huh!

Ya Allah turunkanlah hujan yang memberi rahmat kepada desa ini. Amin.

Friday, May 17, 2013

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum. Masak apa tengahari nanti? Mel tak masak tengahari ni. Hubby makan di opis saja. Rumah ni dah 5 hari tak berair. Tempat simpanan air di tingkat atas memang dah kosong terus. Tinggal kolah kecil tepi shower saja untuk kegunaan berak/kencing ke. Itupun ada 1/2 air. Ada 1 tangki besar belakang rumah ni buat amik wuduk & mandi. Habis air tu, tak tahu den nak kata pa. Itupun tak tahu takat mana air dalam tu ada. Pagi semalam jam 4 sempat tadah air. Keluar dalam 2 jam & tak banyak, adalah sebesar jarum peniti alirannya tapi bolehlah nak buat basuh pinggan. Nampaknya kena makan luar hari cuti esok ni. Air...air...Moga Allah turunkan hujan rahmat buat penduduk di desa ni. Amin

Oklah bagi yang tak tahu nak masak apa tengahari nanti, untuk anak2 yang pulang dari sekolah dan suami yang akan solat Jumaat, ni ada satu hidangan yang memanglah sedappp sesangat. Makan ayam sambil ratah gajus, wallahhh selera makan. Kemanisan nanas tu, menambah kesedapan hidangan ni. InshaAllah malam ni nak buat lagi sebab hubby suka ada gajus. Lagipun nak perabih nanas dalam esbok tu. Kang nak pindah, takkan nak buang nanas tu pula kan..hihi



Ayam Goreng Bergajus
Resepi: Buku Koleksi Chef Wan (Ayam)

Bahan-bahan:-
4 sb minyak masak
6 tangkai cili kering- bersihkan, rendam hingga lembut, potong kecil
200 g biji gajus
2 sb minyak bijan
4 sb bawang putih- cincang
400 g dada/paha ayam - potong kecil

1/2 bj bawang besar, saiz sederhana - kupas & dadu
50 g nanas - buang empulur, dadu
1 bj lada benggala hijau - buang biji & empulur, potong kecil
250 ml/1 cwn sos tomato
90 ml/6 sb sos cili
2 st kicap cair
2 sb gula/secukup rasa
1/2 st garam/secukup rasa


Cara:-
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng cili kering & biji gajus hingga gajus berwarna perang keemasan. Angkat kuali dari api. Alihkan bahan2 yang digoreng ke dalam pinggan & ketepikan.
2. Tambah minyak bijan ke dalam kuali & campurkan dengan minyak masak. Panaskan sekali lagi dalam api sederhana. Masukkan bawang putih & goreng hingga wangi.
3. Masukkan ayam & goreng dgn cepat selama 1 minit. Masukkan bwg besar, nanas & lada benggala. Teruskan menggoreng hingga ayam masak.
4. Tambah sos tomato, cili & kicap. Perasakan secukupnya. Masukkan gula & garam secukup rasa.
5. Akhir sekali masukkan cili kering & gajus yang digoreng. Kacau sehingga sebati. Hiaskan & hidangkan.

**Aku goreng ayam tu 1/2 masak. Lepas tu baru potong kecil2.